At TREENEA, we have made supplements the focus of all our energy, quality and know-how for nearly a century. We are fully committed to putting all our expertise and research resources to work for the well-being of men and women, in all their diversity, around the world.
"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan di dunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasitsemulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit
" Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA.

"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan
" Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA

Friday 15 November 2013

Kegunaan Kelapa untuk bayi di KERALA, INDIA.

Kegunaan Kelapa untuk bayi di KERALA, INDIA.
oleh Sheela Rani Chunkath, The New Indian Express.

Di Kerala, kelapa dan minyak kelapa digunakan secara meluas. Minyak kelapa digunakan pada rambut dan badan sebelum mandi. Ayurveda menggunakan minyak kelapa secara meluas dalam banyak rumusan mereka.

Ibu bapa di Kerala sering membuat puri dan minyak kelapa mereka sendiri di rumah untuk kanak – kanak atau anak kecil.

Puri Kelapa
Kelapa matang diambil dan isi kelapa dikikis keluar. Isi kelapa kemudiannya dibuat puri menggunakan pengisar ditambah sedikit air untuk menghasilkan ekstrak santan putih. Ini dipanggil 'susu pertama.'

Minyak Kelapa
1. Ambil ekstrak kelapa.
2. Rebus di atas api yang rendah.
3. Selepas kira-kira 1jam setengah minyak perlahan-lahan akan terasing dari puri kelapa.
4. Dalam dua jam, semua minyak akan keluar.
5. Setelah puri kelapa bertukar perang sedikit, anda boleh botolkan minyak tersebut.

Minyak ini adalah seperti emas tulen, kaya dengan nutrien, dengan aroma indah dan rasa sedikit manis.
Minyak tersebut kemudiannya digunakan untuk mengurut bayi yang baru lahir. Kerana ciri-ciri antikulat, antibakteria , dan penyerapan minyak kedalam tisu kulit untuk bayi terus sihat dan bebas jangkitan.

“Saya telah bertukar menggunakan ‘home-made’ minyak kelapa. Selepas menggunakan minyak kelapa pada muka saya, saya tidak lagi suka unutk menggunakan mana-mana krim komersial .“ kata Sheela.


No comments:

Post a Comment